..sweet love..(ieyzah atieyrah)
Selasa, 11 Disember 2012
"DITAMPAR BAPA SENDIRI HANYA KERANA INGIN MEMAKAI TUDUNG
Airmataku terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat sangat. Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan ...diri ke celah celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar. Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi.
Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan adik2 aku yang lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!
Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni??? Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung. Now or never!
Bila bapa aku buka jea pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku kata, ""Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!" Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar!
Pangggggggggggggggg ggg... Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa. "Aduhhhhhhhhhhhhhhh hhhh....sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik2 tak nak...."
Pangggggggggggggggg gggg....! Daddy labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap. "Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku boh "Razali", tup tup lekat jadi ZAZA sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik2 hang tu pun semuanya lelaki! Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak. SALAH KAH AKU? SALAH KAH AKUUUUUUUU! OOOOO tidakkkkkkkkkkkkk!
KWANG3X.. TEKUN BACA HEH , RELEX LAR BEB .. SORY SBB KORANG TERKENA .. HUHU
Isnin, 10 Disember 2012
Ramai org menyangka ak gembira
hakikatnye dlm aty
hnye Tuhan shja yg tau
Ramai org yg menyangka ak bhagia
hakikatnye hnye lakonan semata2
kerna jiwa ak terseksa
Ku cuba tabahkan aty
kuatkn diri utk berdiri
kerna jika jatuh sdah psti trus rebah
ke bumi
Bila akn ad insan yg mengerti ?
aty ini sllu mengharapkn hadirnye
sinardan mendambarkan kasih yg sejati
Bknnye simpati yg ku harapkn
ak hnye perlukn teman
yg boleh mengerti dan memahami
Teman yg sentiasa ad
di kala ak berduka dan bergembira
teman yg blh berkongsi segalanye
dan menemani diriku hingga akhir nnti
Assalamualaikum ....
Ulat Murung Haram di makan ??
Banyak
makanan yang halal dan menyelerakan, lagi berkhasiat tetapi manusia tetapi
mahukan kelainan dalam hidangan mereka..
Tetapi di Sarawak tentu ia adalah menu biasa.
Haram makan ulat mulong
Tetapi di Sarawak tentu ia adalah menu biasa.
Haram makan ulat mulong
ADAKAH haiwan seperti kanggaru, ulat mulong, badak air dan keldai boleh dimakan? Adakah dubuk dan anjing laut itu najis?
JAWAPAN:
KANGGARU halal dimakan. Tentang ulat mulong pula, dalam mazhab Syafie menjelaskan, segala jenis ulat dihukumkan haram kecuali ulat yang terwujud dalam cuka atau buah-buahan yang sukar hendak dibezakan apatah lagi untuk dibuang. Lebih tepat, ia diistilahkan termakan bersama-sama cuka atau buah-buahan tersebut.
Jadi, menjadi satu syarat iaitu ulat-ulat itu dimakan (tanpa disedari) bersama-sama buah tersebut kerana sukar hendak dibezakan dan dibuang.
Jika ulat-ulat tersebut boleh dipisahkan daripada buah-buahan, maka tetaplah hukumnya haram dimakan.
Perkara ini dibincangkan dalam kitab-kitab fiqh mu'tabar dalam mazhab seperti Minhajuth Tholibin halaman 130 dan 132 serta syarahnya pada Tuhfatul Muhtaj (juzuk 9, halaman 369 dan 445).
Begitu juga dengan pendapat Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari, ulama pengarang kitab Sabilal Muhtadin (juzuk 1, halaman 38) dengan jelas menyatakan: Bahawasanya telah dinaskan oleh ulama, setiap ulat, dan jika ia suci pada ketika hidupnya sekalipun, adalah haram memakannya.
Berkenaan badak air pula, ia tidak boleh dimakan kerana ia merupakan hidupan dua alam iaitu air dan darat.
Adapun tentang keldai maka para ulama sepakat tentang halalnya keldai liar, kuda belang dan seladang. Nabi SAW telah dihadiahkan dengan keldai liar lalu baginda memakannya. (Riwayat al-Bukhari dari hadis Abi Qatadah).
Hujah Imam As Syafie berhubung dengan dubuk (hyena) ialah haiwan itu tiada taring, sebaliknya semua gigi haiwan itu sama tajam. Andai kata diterima bahawa ia memiliki taring, ia bukan dari kategori as-siba (haiwan pemangsa yang makan secara menerkam seperti singa dan harimau) yang disebut di dalam hadis.
Pendapat ini dipersetujui oleh Ibn al-Qayyim dan hadis dari Jabir. Beliau ditanya tentang dubuk: Adakah dubuk binatang buruan? Jawabnya: Ya. Beliau ditanya lagi: Adakah ini disabdakan oleh Nabi SAW? Jawabnya: Ya. (Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi dan disahihkannya serta an-Nasa-i dan Ibn Majah. Disahihkan juga oleh al-Hakim).
Dubuk bukanlah najis mengikut pendapat Imam Syafie. Berkaitan dengan anjing laut, ia tidak najis tetapi ia tidak pula halal dimakan kerana ia termasuk haiwan dua alam. Wallahu a'lam.
#copy n paste on FACEBOOK#
Langgan:
Ulasan (Atom)









